Ummul Mukminin, Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها
يَانِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ
“Wahai isteri-isteri Nabi, (kedudukan) kalian bukanlah seperti wanita-wanita yang lainnya.” (al-Ahzab: 32)
النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
“Nabi itu lebih berhak untuk dicintai kaum mukminin daripada diri mereka sendiri, sedangkan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka (kaum mukminin).” (al-Ahzab: 6)
Menurut pendapat yang paling shohih, pada tanggal 11 Ramadhan, 3 tahun sebelum hijrahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke Madinah, Ummul Mu’minnin Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها kembali kerahmatuLlah. Suatu peristiwa yang amat menyedihkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sehingga tahun tersebut dinamakan ‘’Ammul Huzn (Tahun Kesedihan) – [dimana dua orang yang menjadi tonggok kuat membantu RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم dalam penyebaran Islam diperingkat awal wafat – Abu Tholib dan Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها].
Beliau رضي الله عنها wafat pada usia 65 tahun. Dimakamkan di Perkuburan Ma’ala yang lebih dikenali dengan nama al-Hajun.
Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها adalah wanita pilihan kerana beliau merupakan isteri kepada Rasul pilihan. Kalau kita membac kitab Shohih al-Bukhari, كتاب بدء الوحى إلى رسول الله maka disana kita akan dapati hadits menceritakan bagaimana peranan besar Sayyidatuna Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها dalam menenangkan suami beliau, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ketika mendapat wahyu pertama. Dan di dalam kitab shohih itu juga ada menyebutkan bab mengenai kelebihan bonda Khadijah رضي الله عنها.
Perhatikan kata-kata beliau رضي الله عنها:
فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم يرجف فؤاده فدخل على خديجة بنت خويلد رضي الله عنها فقال زملوني زملوني فزملوه حتى ذهب عنه الروع فقال لخديجة وأخبرها الخبر لقد خشيت على نفسي فقالت خديجة كلا والله ما يخزيك الله أبدا إنك لتصل الرحم وتحمل الكل وتكسب المعدوم وتقري الضيف وتعين على نوائب الحق فانطلقت به خديجة حتى أتت به ورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى ابن عم خديجة
” ….. kemudian kembalilah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan wahyu tersebut dalam keadaan hatinya gemetar, hingga beliau masuk ke rumah Khadijah رضي الله عنها seraya berkata: Selimuti aku, selimuti aku! Maka diselimutkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, hingga hilang daripada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم rasa ketakutan, kemudian berkata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kepada Khadijah dan menceritakan kepadanya perkara yang berlaku, (akhirnya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم) berkata: Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku). Maka sahut Khadijah رضي الله عنها: Tidak sekali-kali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau suka menghubungkan silaturrahim dan engkau seorang yang suka menanggung kepayahan hidup, dan engkau suka mengorbankan tenaga kerana orang yang lemah (tidak berdaya) dan suka memuliakan tetamu dan menolong atas yang hak dari dari cubaan dan bala. Kemudian pergilah Khadijah رضي الله عنها bersama Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Khadijah …….. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim dan lainnya)
Beliau رضي الله عنها adalah orang pertama yang beriman kepada keRasulan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Nasab Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah رضي الله عنها dari jalur ayahnya: Telah berkata Ibn Ishaq: Khadijah adalah anak perempuan kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr
Nasab Ummul Mu’minin Khadijah رضي الله عنها dari jalur ibunya: Telah berkata Ibn Ishaq: Ibu Khadijah bernama Fathimah binti Za’idah bin al-Aslam bin Rawalah bin Hajar bin Abd bin Ma’ish bin Amir bin Luai bin Ghalib bin Fihr. Ibu kepada Fathimah adalah Qalabah bin Su’aid bin Saad bin Sahm bin Amr bin Hushaish bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr
Gelaran yang diberikan kepada beliau رضي الله عنها: Sayyidah az-Zakiyyah, Sayyidah at-Thohirah dan al-Kubro (wanita agung)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Keutamaan Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah bin Khuwailid رضي الله عنها
Isteri yang paling disayangi dan diingati oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pernah bersabda (maksudnya): “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah رضي الله عنها). Ia beriman di kala semua orang mengengkari kenabianku. Ia membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku. Ia menyantuni diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia Allah menganugerahi anak kepadaku, tidak dari isteri yang lain.” (Ibn Abdil Barr di dalam al-Isti’ab)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya) :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118)
Diriwayatkan dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها, katanya: Kecemburuanku kepada isteri-isteri Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak sebesar kecemburaanku kepada Khadijah, meskipun aku tidak pernah melihatnya. Adalah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم seringkali menyebut-nyebut namanya dan setiap kali menyembelih qurban Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menyisihkan sebagian untuk dikirim kepada wanita-wanita yang menjadi shahabat kepada Khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda,: Sepertinya di dunia ini tiada lagi wanita selain Khadijah. Maka baginda bersabda: Sesungguhnya dia demikian .. demikian (banyak kelebihan Khadijah), dan darinya aku memperoleh anak-anak.”
Diriwayatkan dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh dia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (isteri) yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya selama-lamanya.”
Dan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata membela dan memuji Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها ketika ‘Aisyah رضي الله عنها cemburu kepadanya:“Sesungguhnya aku diberi rezki iaitu mencintainya.” (Hadits riwayat: Imam Muslim, hadits 6228 kitab Fadha`ilus Shahabah, bab Fadha`il Khadijah Ummul Mu`minin رضي الله عنها)

Allah Ta’ala mengirim salam melalui Jibril kepada beliau رضي الله عنها dan menjanjikan mahligai di syurga buat beliau رضي الله عنها
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah رضي الله عنه katanya: Jibril datang menemui Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan berkata: Wahai Rasulullah! Khadijah telah datang kepadamu dengan membawa bekas yang terdapat di dalamnya lauk-pauk dan makanan. Apabila beliau sampai kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Tuhannya dan daripadaku. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan. (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari dan Muslim)
Hadits Abdullah bin Abu Aufa رضي الله عنه: Diriwayatkan daripada Ismail katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah رضي الله عنها mengenai sebuah rumah di dalam syurga. Beliau menjawab: Ya, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
Hadits dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam syurga. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
Dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.” (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Hadits Abdullah bin Abu Aufa رضي الله عنه: Diriwayatkan daripada Ismail katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah رضي الله عنها mengenai sebuah rumah di dalam syurga. Beliau menjawab: Ya, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
Hadits dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menyampaikan berita gembira kepada Khadijah binti Khuwailid mengenai sebuah rumah di dalam syurga. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
Dari Sayyidatina‘Aisyah رضي الله عنها katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.” (Hadits riwayat: Imam al-Bukhari)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sayyidatuna Khadijah al-Kubro رضي الله عنها adalah antara wanita terbaik
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pernah bersabda yang bermaksud: “Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepada Firaun.” (al-Tabari, Dhakha’ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba; al-Hakim dalam al-Mustadrak).
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Tholib رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik-baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Tholib رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sebaik-baik wanita adalah Mariam binti Imran dan Sebaik-baik wanita juga adalah Khadijah binti Khuwailid. (Hadits riwayat: Imam Muslim)
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Demikianlah sedikit coretan mengenai Ummul Mu’minin Sayyidatuna Khadijah رضي الله عنها. Kata ulama, ketika kita menyebut kisah para sholihin, Allah menurunkan rahmatNYA. Moga-moga Allah menurunkan rahmatNYA kepada al-Faqir dan sekelian pengunjung al-Fanshuri dengan berkat menyebut sekelumit kisah insan yang dikasihi Allah dan RasulNya dan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mencontohi perjuangan dan pengorbanannya mereka, dan menghimpunkan kita kelak bersama mereka, para kekasihNYA. Ameen.
اللهم انشر نفحات الرضوان عليها، وأمدّنا اللهم بالأسرار التي أودعتها لديها، اللهم صل على زوجها الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الفاتحة ألى روح حبيبنا وشفيعنا رسول الله محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم وآله وأصحابه، ثم إلى روح سيدتنا الحبابة خديجة الكبرى وجميع أمهات المؤمنين .. الفاتحة
No comments:
Post a Comment