Lari dari dunia
Kau tahu?
Kadangkala aku rasa mahu saja lari dari dunia
Pergi jauh, rentas laut dan lembah lentara
Aku mahu sendirian, ada aku dan hanya Tuhan
Teringat aku kisah Insan Terangung, Muhammad SAW
Berkhalwat bersedirian di dalam gua
Tertumpu hanya pada diri dan Rabb NYA
Jauhkan sebentar luka lara dunia
Teralu banyak yang aku lalui
Kadangkala terlalu berat untuk ditanggungi
Akal ku binggung, jiwaku resah , hatiku gelisah
Ya Rabb, apakah yang aku cuba lakukan selama ini?
Aku sedar semuanya berpunca dari aku
Bukan sesiapa mahupun apa-apa
Tetapi aku
Aku terlalu leka dalam menyeru Tuhanku
Aku terlalu yakin dengan kemampuan ku
Aku terlalu asyik dengan perancangan ku
Di mana telah ku campakkan tawakal ku?
Hari ini, aku terasa seolah-olah di tegur oleh Rabb ku!
Siapa Tuhan ku?
Di mana tempat bergantung ku?
Apa tujuan utama ku?
Sejauh mana ikhlasnya amal ibadah ku?
Terasa ingin pergi jauh membawa diri.
sungguh!
No comments:
Post a Comment