Tuesday, October 4, 2011


Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita


‘…..Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.….'At-Taubah, ayat 40. Terakam indah dan sangat menyenangkan hati ketika melewati kalimah-Nya ini. Terasa beban kesedihan yang ditanggung ringan dan sangat merasakan Allah ada bersama memujuk. Mukzijat Al-Quran, membacanya memberi kesan yang sangat jauh berbeda berbanding membacanya dari sumber-sumber yang lain.

Benar…

Hidup kita ini penuh kesedihan. Kepada sesiapa yang sedang atau pernah melaluinya sahaja memahami bagaimana perasaan itu. Walaupun adakalanya kita berkongsi dengan orang lain, namun bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Ironinya siapalah yang tidak pernah bersedih. Cuma yang membezakan, sebesar atau sekecil manakah kesedihan itu sahaja. Tapi ada juga kesedihan yang kecil diperbesar-besarkan. Begitu jua sebaliknya. Tergantung bagaiman seseorang itu menerima dan menangganinya sahaja.

Waimanya, kesedihan itu adalah lumrah kehidupan. Adakalanya kita gembira dan adakalanya jua kita bersedih. Ia warna-warni kehidupan. Setiap satunya ada hikmah yang tersendiri. Ketentuan Allah yang punya sebab dan musabab tertentu.

Ia juga ujian di mana atau sejauhmana iman kita. Tatkala itu, kembalikah kita kepadanya, atau ingatkah kita kepada-Nya atau sebaliknya semakin kita menjauhi-Nya pula. Nauzubillah…

Jika kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan yakin bahawa Dia, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, maka ketahuilah jua bahwa ketika kita sedang bersedih itu, yakinlah Dia ada bersama kita.

Bersedih tidak salah.

Tetapi dalam kesedihan itu, kita sentiasalah ingat bahwa..kita tidak dibiarkan sendirian.

Aduhai…

…Jangan bersedih, Allah bersama kita…

No comments:

Post a Comment