Duhai diri..
Mengapa kau mengeluh tika diturunkan ujian kepadamu??
Mengapa kau menyalahkan takdir kerana ujian yang menimpamu??
Mengapa kau menyalahkan itu dan ini??
Mengapa kau menuding jari mencari punca??
Tidakkah kau tahu mereka juga turut ditimpakan ujian???
Tidakkah kau sedar Allah menyayangimu??merindui rayuanmu??merindui tangisan manjamu meminta dan memohon kepadaNya??
**************************************
APA YG PERLU KAMU LAKUKAN..
Jika masih kecewa & sedih..
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya
Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Bersangka baiklah kepada Allah.. Sesungguhnya hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaIk utkmu :)